Bulan - haiwan dalaman Zodiak Cina

Rencana utama: Jieqi

12 haiwan juga dikaitkan dengan kalendar pertanian tradisional Cina yang bersampingan dengan kalendar qamari yang lebih dikenali. Kalendar ini dibahagi kepada 24 segmen dua minggu yang dikenali sebagai jieqi (Cina Tradisional: 節氣, Cina Ringkas: 节气, pinyin: jiéqì) atau tempoh suria. Setiap haiwan dihubungkan kepada dua tempoh suria ini selama satu jangka masa yang seiras dengan bulan Barat. Tidak seperti kalendar qamari yang berubah-ubah dalam jurang sebulan jika dikaitkan dengan kalendar Barat, kalendar pertanian ini hanya berubah-ubah dalam jurang sehari, iaitu bermula pada 3 atau 4 Februari setiap tahun Barat. Begitu juga, tidak seperti kitaran tahun qamari yang bermula dengan tahun Tikus, kalendar pertanian ini bermula dengan bintang Harimau sebagai haiwan pertama musim bunga.

Bintang haiwan bulanan seseorang adalah haiwan dalamannya dan berkenaan dengan apa yang mendorong seseorang itu. Oleh sebab bintang ini menentukan kehidupan asmara dan persona dalamannya, adalah penting untuk memahami secara teliti keserasiannya dengan bintang-bintang lain.

Oleh sebab setiap bintang zodiak dihubungkan dengan sebulan dalam tahun suria, maka bintang itu juga dihubungkan dengan satu musim. Setiap unsur-unsur berikut juga dikaitkan dengan satu musim (lihat di atas), dan unsur yang berkongsi musim dengan bintang zodiak tertentu itu dikenali sebagai unsur tetap bintang itu. Dalam erti kata lain, unsur itu dipercayai memberikan beberapa sifatnya kepada bintang yang berkenaan. Unsur tetap setiap bintang ini turut dikaitkan dengan bintang tahun dan jam, bukan sahaja bintang bulanan. Adalah diingatkan bahawa unsur tetap ini berasingan daripada kitaran unsur yang berinteraksi dengan bintang-bintang haiwan dalam kitaran 60 tahun.

Longitud
matahari
JieqiTarikh BaratBulan QamariUnsur
tetap
Musim
314°立春 lìchūn4 Feb - 18 Febpertama
Harimau
KayuBunga
329°雨水 yǔshuǐ19 Feb - 5 Mac
344°啓蟄 qǐzhé (驚蟄 jīngzhé)6 Mac - 20 Macke-2
Arnab
KayuBunga
春分 chūnfēn21 Mac - 4 Apr
14°清明 qīngmíng5 Apr - 19 Aprke-3
Naga
KayuBunga
29°穀雨 gǔyǔ20 Apr - 4 Mei
44°立夏 lìxià5 Mei - 20 Meike-4
Ular
ApiPanas
59°小滿 xiǎomǎn21 Mei - 5 Jun
74°芒種 mángzhòng6 Jun - 20 Junke-5
Kuda
ApiPanas
89°夏至 xiàzhì21 Jun - 6 Jul
104°小暑 xiǎoshǔ7 Jul - 22 Julke-6
Kambing
ApiPanas
119°大暑 dàshǔ23 Jul - 6 Ogos
134°立秋 lìqiū7 Ogos - 22 Ogoske-7
Monyet
LogamLuruh
149°處暑 chùshǔ23 Ogos - 7 Sep
164°白露 báilù8 Sep - 22 Sepke-8
Ayam
LogamLuruh
181°秋分 qiūfēn23 Sep - 7 Okt
194°寒露 hánlù8 Okt - 22 Oktke-9
Anjing
LogamLuruh
211°霜降 shuāngjiàng23 Okt - 6 Nov
224°立冬 lìdōng7 Nov - 21 Novke-10
Babi
AirSejuk
244°小雪 xiǎoxuě22 Nov - 6 Dis
251°大雪 dàxuě7 Dis - 21 Diske-11
Tikus
AirSejuk
271°冬至 dōngzhì22 Dis - 5 Jan
284°小寒 xiǎohán6 Jan - 19 Janke-12
Lembu
AirSejuk
301°大寒 dàhán20 Jan - 3 Feb